PENGENALAN
Paparan akhbar dan laporan berita di televisyen yang mendedahkan kes –kes remaja hamil tanpa nikah serta masalah pembuangan bayi yang agak ketara di negara ini. Kes pembuangan bayi di negeri Melaka pada tahun 2009 mencatatkan seramai 1 orang sahaja manakala pada tahun 2010 jumlahnya meingkat kepada 4 orang. Bahagian Penguatkuasaan JAIM melaporkan bagi tempoh tahun 2008 sehingga 2009 terdapat kes tangkapan bagi kesalahan hamil luar nikah dan melibatkan remaja di bawah umur 16 tahun. Manakala bagi tahun 2010 dilaporkan terdapat 31 kes remaja di bawah 16 tahun yang ditangkap atas kesalahan yang sama.
SEJARAH PENUBUHAN
Sekolah Harapan ditubuhkan berdasarkan ilham dari YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka. Penubuhan Pusat Perlindungan ini telah mendapat kelulusan dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 4 Ogos 2010. Mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka telah bersetuju untuk membina Pusat Perlindungan tersebut pada 10 Ogos 2010. Sekolah Harapan telah mula beroperasi pada 17 September 2010 di Kuarters Kerajaan yang merupakan bekas rumah qadhi daerah Jasin yang pada ketika itu hanya dapat menerima 12 orang penghuni sahaja. Di awal penubuhannya, Sekolah Harapan mula menerima 2 orang penghuni sahaja iaitu pada 20 September 2010. Kini Sekolah Harapan telahpun berpindah ke lokasi yang baru yang boleh menampung seramai 35 orang penghuni dalam satu masa.
OBJEKTIF
- Menyediakan tempat perlindungan kepada remaja hamil luar nikah.
- Menyediakan prasarana dan kemudahan pembelajaran akademik supaya penghuni dapat menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
-Memberi bimbingan kerohanian dan kemahiran secara teori dan praktikal.
-Meningkatkan semangat motivasi dan jati diri sebagai persediaan untuk kembali ke pangkuan masyarakat.
VISI
Menerapkan nilai-nilai murni dan memupuk semangat kerjasama di kalangan penghuni.
Merialisasiakn tanggungjawab amal makruf nahi mungkar ke arah membanteras gejala sosial melalui kesedaran, bimbingan, dan pembinaan jati diri remaja, keluarga dan masyarakat.
MISI
Menjadi sebuah pusat perlindungan pilihan bagi pembangunan insan membawa sejahtera untuk masyarakat majmuk.
KEFUNGSIAN
Berjaya membantu dan memberi perlindungan kepada seramai 182 orang penghuni. Selain itu, Sekolah Harapan turut berfungsi bagi berusaha mencegah pembuangan bayi dengan menyerahkan bayi yang telah dilahirkan kepada keluarga angkat melalui Sekolah Harapan dan akan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
CADANGAN
Berdasarkan maklumat yang telah kami perolehi sepanjang lawatan ke Sekolah Harapan, kami dapati institusi ini berjaya mencapai objektif yang ingin dicapai iaitu membantu remaja yang hamil luar nikah dengan memberi perlindungan dari segi tempat tinggal, keperluan asas, penjagaan kesihatan (rawatan dan perubatan) serta pendidikan akademik dan rohani kepada penghuninya. Namun begitu, kami berharap agar pihak pentadbiran Sekolah Harapan dapat menambah lebih banyak pengisian program kerohanian agar penghuni-penghuninya menjadi lebih kuat apabila keluar daripada sekolah ini dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah mereka lakukan. Selain itu, kami berharap agar pihak yang berkenaan mampu untuk menambah bilangan pengangkutan supaya dapat memudahkan pihak pengurusan Sekolah Harapan untuk membawa penghuni-penghuninya ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Kami juga berharap agar Sekolah Harapan dapat menyediakan seorang kaunselor yang berdaftar supaya penghuni-penghuninya boleh dibimbing dan dibantu dengan lebih berkesan supaya mereka lebih kuat menghadapi masyarakat dan kehidupan selepas keluar dari Sekolah Harapan.
Monday, 29 July 2013
Wednesday, 24 July 2013
LAPORAN PROGRAM “BADAN SIHAT MINDA CERGAS”
LAPORAN PROGRAM "BADAN SIHAT MINDA CERGAS"
PENGENALAN
Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang dipelajari daripada pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan seharian.Istilah kecerdasan ini mula diperkenalkan oleh Galton.Galton meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang bersifat penurunan.Walaupun beliau gagal membina sebuah ujian kecerdasan tetapi beliaulah yang telah memperkenalkan konsep kecerdasan. Mengikut Howard Gardner, setiap individu mempunyai kecerdasan yang tersendiri. Kecerdasan ini merupakan kekuatan intelektual yang istimewa bagi seseorang individu.Terdapat lapan jenis kecerdasan yang mungkin dikuasai oleh setiap individu.Seorang individu tidak mungkin menguasai semua kecerdasan. Kecerdasan yang ada pada seseorang merupakan kecenderungan kepada sesuatu yang cemerlang dalam bidang, manakala mereka mungkin lemah dalam bidang yang lain. Persembahan yang cemerlang dalam bidang tertentu seperti matematik, sains, muzik, kesenian,sukan dan daya kepimpinan adalah berasaskan kemahiran tertentu pada peringkat awal kanak-kanak (Gardner, 1998).
LATAR BELAKANG
Program "Badan Sihat Minda Cergas" telah diadakan pada 4 Julai 2013 di Tabika KEMAS Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka. Sasaran bagi program ini adalah kanak-kanak di di Tabika KEMAS Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka dan seramai 27 orang kanak-kanak telah menyertai program ini. Objektif utama program "Badan Sihat Minda Cergas" ini diadakan adalah untuk melihat potensi diri kanak-kanak di Tabika KEMAS dalam mencapai sesuatu matlamat. Selain daripada itu, program ini juga menggalakkan kanak-kanak agar menggunakan keseluruhan anggota badan terutamanya dalam melakukan aktiviti bersukan. Program ini juga bertujuan untuk membentuk personaliti kanak-kanak yang mantap seperti mempunyai sikap tidak mudah berputus asa, bekerjasama, menghormati rakan-rakan sebaya dan bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti. Program ini telah berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari dan ianya merupakan pengajuran dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Melaka. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan adalah seperti sukaneka, modul kecerdasan, Arts and Magical dan chef cilik.
MASALAH DAN CADANGAN
Masalah :
Masalah utama yang di lihat menerusi program ini adalah dari segi kekurang pengisian di dalam aktiviti yang dijalankan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka.
Cadangan:
Bagi melakukan penambahbaikan kepada pengisian aktiviti, pihak penganjur boleh mengadakan tayangan video yang berunsur pengajaran dan tauladan kepada kanak-kanak bagi menarik perhatian mereka agar mereka terus fokus dengan aktiviti yang dijalankan dan untuk mengelakkan mereka dari berasa bohsan. Selain daripada itu, pihak penganjur juga boleh menggunakan "Piaget Conservation Task’ bagi mengukur kecerdasan kanak-kanak dan sekali gus dapat membantu guru di Tabika KEMAS Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka untuk meningkatkan kecerdasan kanak-kanak di situ. Pihak penganjur juga boleh menggunakan "Stanford marshmallow experiment" kepada kanak-kanak untuk menambah pengisian aktiviti yang dijalankan agar ianya dapat menarik minat kanak-kanak.
Masalah :
Pemilihan aktiviti yang bersesuaian juga perlu diberi penekanan penting kerana ianya membantu dalam memastikan kelancaran program.
Cadangan :
Permasalahan ini boleh diselesaikan dengan pihak penganjur perlu memilih program yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur dari 4 tahun sehingga 6 tahun untuk mengelakkan kanak-kanak pasif di dalam melakukan aktiviti. Antara aktiviti yang boleh ditambah adalah seperti pertandingan mewarna dan juga sesi nyanyian bersama kanak-kanak untuk memancing minat mereka dalam menyertai aktiviti yang dijalankan.
Masalah :
Kekangan masa yang singkat di dalam program "Badan Sihat Minda Cergas".
Cadangan :
Masa yang lebih panjang diperlukan untuk program yang akan datang kerana, ia dapat membantu pihak penganjur untuk mengadakan lebih banyak aktiviti bersama kanak-kanak di Tabika KEMAS Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka.
PENUTUP
Dengan adanya program "Badan Sihat Minda Cerdas"’ kebolehan dan potensi kanak-kanak akan dapat ditonjolkan. Disamping itu, program ini juga akan dapat merapatkan lagi hubungan di antara guru dan pelajar-pelajar di Tabika KEMAS Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka. Semoga program ini akan dapat membawa manfaat kepada mereka di masa hadapan.
LAPORAN LAWATAN KE ANJUNG NURANI KELAB RAKAN MELAKA, LUBOK CHINA
PENGENALAN
Kelab Rakan Melaka telah ditubuhkan pada hujung tahun 201, ianya
merupakan sebuah persatuan NGO yang berfungsi memberi sokongan kepada
bekas-bekas penagih dadah. Kelab ini juga berperanan dalam menanam dan menyemai
nilai-nilai murni serta membina sahsiah dan ketahanan diri bekas pengguna dadah
untuk berhadapan dengan cabaran kehidupan. Selain itu, Kelab Rakan juga
berfungsi untuk menjadi pemangkin kepada usaha membawa komuniti yang bermasalah
menjadi penyumbang kepada kehidupan yang sejahtera pada diri, keluarga,
masyarakat dan Negara.
OBJEKTIF
Membantu bekas-bekas penagih dadah agar mereka dapat menjalani
proses kepulihan serta mengekalkan kepulihan mereka.
KHIDMAT YANG DIJALANKAN
Rakan Seru (Outreach)
Khidmat ini merupakan satu aktiviti strategic bertemu dengan
kumpulan sasar samada di Pusat-pusat pemulihan kerajaan, swasta, ditempat awam,
mahupun di sekolah-sekolah bagi tujuan membendung masalah penyalahgunaan dadah.
Rakan Sokong Bantu (Support Session)
Khidmat ini merupakan perkumpulan dari kalangan kelompok komuniti
yang bermasalah serta ahli keluarga mereka atau sesiapa jua yang mempunyai
kaitan dengan masalah penggunaan dadah.
Rakan Bakti (Gotong Royong)
Mengadakan aktiviti gotong –royong bersama ahli-ahli samada
disekitar kawasan premis, dirumah-rumah ahli mahupun dijalankan bersama-sama
dengan masyarakat dimana jua.
Anjung Nurani (Rumah Penempatan Sementara)
Perkhidmatan ini merupakan sebuah penempatan sementara (Halfway
Home) yang menyediakan tempat tinggal, makan-minum serta kemudahan asas bagi
mereka yang memerlukan.
Penghuni akan diberi perhatian dari segi kebajikan, makanan,
keperluan perubatan, rujukan, pembentukan disiplin diri serta keperluan emosi
dan kerohanian.
PENCAPAIAN
Semua aktiviti di atas Berjaya dilaksanankan dengan lancar serta
mendapat sambutan yang baik dari semua pihak.
MASALAH DAN
CADANGAN
Masalah : Antara masalah utama yang dilihat adalah
dari segi kewangan. Masalah kewangan atau dana yang terhad menyebabkan pihak
pengurusan terpaksa menyediakan ruang penempatan yang hanya mampu memuatkan 5-7
orang bekas penagih sahaja.
Cadangan : Pihak yang berkenaan perlulah sama-sama
menghulurkan bantuan dan dana kepada Kelab Rakan Melaka supaya mereka dapat
menambah baikkan lagi pengurusan di Anjung Nurani tersebut. Selain itu, sumbangan seperti kenderaan juga
boleh diberikan agar pihak pengurusan dapat menggunakannya untuk membawa
penghuni-penghuni di Anjung Nurani tersebut ke klinik kesihatan yang
berhampiran sekiranya berlaku sebarang kecemasan seterusnya dapat membantu
menjayakan proses kepulihan penagih-penagih tersebut.
Masalah : Kelab Rakan Melaka juga dilihat kurang
mendapat sokongan padu daripada masyarakat setempat di kasawan tersebut. Hal
ini mungkin kerana masyarakat takut untuk bergaul dengan bekas-bekas penagih
tersebut kerana mereka tidak mampu mengikis stigma yang telah lama sebati dalam
diri mereka bahawa bekas-bekas penagih ini tidak akan berubah sampai bila-bila
malahan hanya akan mendatangkan pelbagai masalah dalam komuniti masyarakat
tersebut.
Cadangan : Antara langkah yang boleh dijalankan
untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memberi pendedahan dan pendidikan
kepada masyarakat mengenai dadah, penyakit HIV dan cara bagaimana HIV
berjangkit dan sebagainya. Pendedahan seperti ini adalah sangat perlu diberikan
agar masyarakat mempunyai kefahaman yang lebih jelas mengenai dadah dan juga
penyakit HIV. Selain itu, pihak pengurusan juga mungkin boleh mengadakan lebih
banyak aktiviti yang melibatkan sumbangan bekas-bekas penagih ini kepada
masyarakat agar masyarakat dapat membuka mata seterusnya faham bahawa setiap
manusia itu mampu serta sentiasa mempunyai peluang untuk berubah kearah yang
lebih baik.
Masalah : Antara masalah lain yang dihadapi adalah
kurangnya penglibatan tenaga profesional dalam proses kepulihan bekas-bekas
penagih ini.
Cadangan : Pihak pengurusan mungkin boleh
meminta bantuan atau khidmat sukarela daripada kaunselor-kaunselor yang
terlatih agar dapat menjalankan sesi kaunseling dan juga bimbingan ke atas
bekas-bekas penagih di Anjung Nurani tersebut. Selain itu, program-program yang
berbentuk pengisian rohani juga mungkin boleh diperbanyakkan agar ianya dapat
meningkatkan lagi keyakinan dan keteguhan hati-hati bekas penagih tersebut
untuk terus istiqamah pada jalan kebenaran yang mereka pilih sekarang.
PENUTUP
Diharapkan segala cadangan yang telah
diberikan ini akan dapat membantu menambah baikkan pengurusan Kelab Rakan Melaka seterusnya mampu
melahirkan generasi masa hadapan yang lebih baik dan mampu memberi sumbangan
kepada agama, bangsa dan Negara.
BAHANA MEROKOK !
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.
Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)
2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)
3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)
Fakta Kandungan Berbahaya Dalam Rokok
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
Sumber dari :
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website

SIAPAKAH BELIA BERISIKO?
Istilah "belia berisiko" merujuk kepada sebab dan akibat yang boleh meletakkan seseorang belia itu berada dalam keadaan bahaya daripada peristiwa negatif yang akan berlaku. Masalah sikap, tingkah laku terlalu agresif atau terlalu pasif, dan tahap pencapaian akademik yang terlalu rendah merupakan antara indikator atau penanda yang boleh digunakan untuk menjangka kemungkinan individu itu terjebak dalam tingkah laku delinkuen dan tingkah laku berisiko di masa akan datang. Contohnya, jika seorang belia ketika zaman kanak-kanaknya membesar dalam suatau persekitaran yang tidak sihat, keadaan keluarga yang porak peranda, mempunyai rakan-rakan yang selalu ponteng sekolah dan melakukan aktiviti vandalisme. Maka pengalaman daripada suasana persekitaran ini boleh mempengaruhi perkembangan diri belia yang mana kemungkinan belia untuk terlibat dalam tingkah laku yang tidak sihat juga adalah tinggi.
Menurut Smith (2007), masyarakat merujuk "belia berisiko"sebagai belia yang mempunyai kumpulan atau gengs, tinggal di kawasan setinggan atau flat, mempunyai ibu bapa tunggal, mengalami masalah ekonomi dan ketinggalan dalam pelajaran. Keadaan ini akhirnya menyebabkan belia menjurus terlibat dalam gejala sosial seperti gengsterisme, vandalisme, penyalahgunaan dadah, hubungan seks luar nikah, masalah jenayah dan pelbagai lagi isu-isu lain. Faktor lain yang mendorong belia terlibat dalam tingkah laku berisiko juga disebabkan pengalaman pahit yang pernah dialami belia seperti pernah mengalami kegagalan dalam kehidupan, pernah didera, diabaikan oleh ibu bapa mereka, kemiskinan, gangguan daripada jiran dan rakan, masalah kesihatan fizizkal dan mental serta masalah hubungan dengan pihak lain.
Berdasarkan beberapa kajian lepas di peringkat antarabangsa dan tempatan mendapati bahawa faktor utama belia terlibat dalam tingkah laku berisiko adalah seperti berikut :
Faktor luaran :
Faktor dalaman :
Tahap sosio-ekonomi keluarga rendah (Samsudin, 1995).
Tahap pendidikan ibu bapa rendah (Samsudin, 1995).
Bagi golongan muda yang masih bersekolah, didapati faktor risiko di sekolah adalah peramal yang amat kuat ke atas penglibatan dalam masalah sosial (Ezhar Tamam et. al, 2007).
Keterlibatan remaja dalam aktiviti lumba haram adalah disebabkan oleh faktor kepuasan, ganjaran yang mereka perolehi dan juga mereka sememangnya suka menunjuk-nunjuk dan lebih suka bersosial (Rozmi &Norhayati, 2007).
Faktor hubungan sosialisasi antara ibu bapa dan anak mendorong remaja 18-25 tahun terlibat dengan kegiatan lumba haram. Tahap penglibatan dan komunikasi yang kurang berkesan memberi impak kepada individu ini (Haslinda et.al ,2009).
DEFINISI TINGKAH LAKU BERISIKO
Salah laku seksual
Merupakan perlakuan salah laku berkaitan seksual sama ada perbuatan membawa bahan lucah ke sekolah atau melibatkan perlakuan fizikal secara sengaja atau tidak.
Penyalahgunaan dadah
Merupakan perbuatan yang menjurus kepada penyalahgunaan bahan termasuk juga menghisap rokok, meminum minuman beralkohol dan pengambilan dadah seperti syabu, ganja, pil khayal dan menghidu gam.
Keperaturan
Perlakuan melanggar disiplin di sekolah seperti membuli, melawan guru, datang lewat ke sekolah, dan ponteng sekolah /kelas /aktiviti sekolah yang wajib.
Integriti
Merupakan perlakuan yang tidak menghormati diri dan orang lain merangkumi perbuatan melepak, mencaci orang dengan kata-kata kesat dan bercakap bohong.
Jenayah
Merupakan perlakuan salah laku seperti berjudi, mencuri, menyertai kumpulan haram /kongsi gelap, melakukan vandalisme dan menyertai lumba haram ( Khaidzir & Hanina, 2007).
Tuesday, 23 July 2013
Kumpulan Sasar dan Program PEMADAM
KOMUNITI BEBAS DADAH
DAMAI : DADAH Akan Musnahkan Akal & Iman
IBUBAPA BEBAS DADAH
TABAH : Memperkasakan Keluarga Daripada DADAH Ketua Keluarga Yang Tegas, Amanah, Berani, Adil, dan Melahirkan Suasana Yang Harmoni
SEKOLAH BEBAS DADAH
IMAN : Ilmu, Maju, Aktif, Nekad
SAHABAT PEMADAM
MAHASISWA BEBAS DADAH
CEKAL : Cekap, Efektif, Karisma, Amal, Luhur
KELAB PEMADAM
PEKERJA BEBAS DADAH
CEKAP : Cemerlang, Efektif, Kerjasama, Amanah, Progresif

Peranan PEMADAM
1. Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan DADAH melalui program pencegahan, pendidikan, dan penerangan..
2. Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan DADAH dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus.
3. Membantu dalam menyediakan pekhidmatan nasihat dan rundingcara.
4. Bekerjasama dengan Jabatan-jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan DADAH.
Objektif PEMADAM
1. Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, agen-agen mereka dan lain-lain dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan DADAH yang menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan DADAH dalam segala bentuk.
2. Untuk manghapuskan dan menjalankan penyelidikan mengenai penyalahgunaan DADAH dan untuk memulihkan penagih-penagih dadah (JAGAAN LANJUTAN).
3. Untuk menyedarkan masyarakat akan masalah penyalahgunaan DADAH dan penglibatan masyarakat dalam segala usaha untuk mencegah penyalahgunaan DADAH dan untuk meggalakkan semangat sukarela dikalangan masyarakat dalam usaha tersebut.
4. Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu diperingkat Negeri dan Daerah dan memberikan galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan itu.
Apa itu PEMADAM
PEMADAM merupakan singkatan daripada PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA.Ia adalah pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan DADAH, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan DADAH dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai untuk membasmi DADAH.
PEMADAM : NGO yang Proaktif, bertindak secara Efektif, mampu memberi Maklumat yang tepat, kepimpinannya Amanah serta bersikap Dinamik, mementingkan Agama dan berjiwa Merdeka daripada bahana DADAH.
LATAR BELAKANG PEMADAM
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..........
PEMADAM merupakan persatuan mencegah DADAH Malaysia yang telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia merupakan penaung kepada PEMADAM. PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti DADAH PEMADAM kebangsaan : dan untuk melicinkan lagi jentera pengerusan dan perlaksanaan program dan aktivitinya, 15 biro telah diwujudkan. Sebagai satu badan yang bercorak kebangsaan, PEMADAM juga bergerak diperingkat negeri, daerah dan unit.
PEMADAM menjadi pertubuhan pengasas kepada penubuhan IFNGO (International Federation Of Non Goverment Organisations), satu badan ikatan antarabangsa menentang penggunaan DADAH. Sekretariat IFNGO terletak di Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan. PEMADAM juga turut aktif didalam aktiviti-aktiviti WFTC (World Federation of Therapeutic Communities) dan forum-forum anti DADAH yang lain yang dianjurkan sama ada oleh Colombo Plan atau lain-lain Agensi Anti DADAH Bangsa-bangsa Bersatu.
Subscribe to:
Posts (Atom)