Monday 29 July 2013

LAPORAN LAWATAN KE SEKOLAH HARAPAN NEGERI MELAKA

PENGENALAN

Paparan akhbar dan laporan berita di televisyen yang mendedahkan kes –kes remaja hamil tanpa nikah serta masalah pembuangan bayi yang agak ketara di negara ini. Kes pembuangan bayi di negeri Melaka pada tahun 2009 mencatatkan seramai 1 orang sahaja manakala pada tahun 2010 jumlahnya meingkat kepada 4 orang. Bahagian Penguatkuasaan JAIM melaporkan bagi tempoh tahun 2008 sehingga 2009 terdapat kes tangkapan bagi kesalahan hamil luar nikah dan melibatkan remaja di bawah umur 16 tahun. Manakala bagi tahun 2010 dilaporkan terdapat 31 kes remaja di bawah 16 tahun yang ditangkap atas kesalahan yang sama. 


SEJARAH PENUBUHAN

Sekolah Harapan ditubuhkan berdasarkan ilham dari YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka. Penubuhan Pusat Perlindungan ini telah mendapat kelulusan dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 4 Ogos 2010. Mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka telah bersetuju untuk membina Pusat Perlindungan tersebut pada 10 Ogos 2010. Sekolah Harapan telah mula beroperasi pada 17 September 2010 di Kuarters Kerajaan yang merupakan bekas rumah qadhi daerah Jasin yang pada ketika itu hanya dapat menerima 12 orang penghuni sahaja. Di awal penubuhannya, Sekolah Harapan mula menerima 2 orang penghuni sahaja iaitu pada 20 September 2010. Kini Sekolah Harapan telahpun berpindah ke lokasi yang baru yang boleh menampung seramai 35 orang penghuni dalam satu masa.

OBJEKTIF

- Menyediakan tempat perlindungan kepada remaja hamil luar nikah.
- Menyediakan prasarana dan kemudahan pembelajaran akademik supaya penghuni dapat menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

-Memberi bimbingan kerohanian dan kemahiran secara teori dan praktikal.

-Meningkatkan semangat motivasi dan jati diri sebagai persediaan untuk kembali ke pangkuan masyarakat.


VISI

Menerapkan nilai-nilai murni dan memupuk semangat kerjasama di kalangan penghuni.

Merialisasiakn tanggungjawab amal makruf nahi mungkar ke arah membanteras gejala sosial melalui kesedaran, bimbingan, dan pembinaan jati diri remaja, keluarga dan masyarakat.


MISI

Menjadi sebuah pusat perlindungan pilihan bagi pembangunan insan membawa sejahtera untuk masyarakat majmuk.

KEFUNGSIAN

Berjaya membantu dan memberi perlindungan kepada seramai 182 orang penghuni. Selain itu, Sekolah Harapan turut berfungsi bagi berusaha mencegah pembuangan bayi dengan menyerahkan bayi yang telah dilahirkan kepada keluarga angkat melalui Sekolah Harapan dan akan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.


CADANGAN

Berdasarkan maklumat yang telah kami perolehi sepanjang lawatan ke Sekolah Harapan, kami dapati institusi ini berjaya mencapai objektif yang ingin dicapai iaitu membantu remaja yang hamil luar nikah dengan memberi perlindungan dari segi tempat tinggal, keperluan asas, penjagaan kesihatan (rawatan dan perubatan) serta pendidikan akademik dan rohani kepada penghuninya. Namun begitu, kami berharap agar pihak pentadbiran Sekolah Harapan dapat menambah lebih banyak pengisian program kerohanian agar penghuni-penghuninya menjadi lebih kuat apabila keluar daripada sekolah ini dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah mereka lakukan. Selain itu, kami berharap agar pihak yang berkenaan mampu untuk menambah bilangan pengangkutan supaya dapat memudahkan pihak pengurusan Sekolah Harapan untuk membawa penghuni-penghuninya ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Kami juga berharap agar Sekolah Harapan dapat menyediakan seorang kaunselor yang berdaftar supaya penghuni-penghuninya boleh dibimbing dan dibantu dengan lebih berkesan supaya mereka lebih kuat menghadapi masyarakat dan kehidupan selepas keluar dari Sekolah Harapan.

No comments:

Post a Comment