Wednesday 24 July 2013

LAPORAN PROGRAM “BADAN SIHAT MINDA CERGAS”




 






 


LAPORAN PROGRAM "BADAN SIHAT MINDA CERGAS"
PENGENALAN
Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang dipelajari daripada pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan seharian.Istilah kecerdasan ini mula diperkenalkan oleh Galton.Galton meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang bersifat penurunan.Walaupun beliau gagal membina sebuah ujian kecerdasan tetapi beliaulah yang telah memperkenalkan konsep kecerdasan. Mengikut Howard Gardner, setiap individu mempunyai kecerdasan yang tersendiri. Kecerdasan ini merupakan kekuatan intelektual yang istimewa bagi seseorang individu.Terdapat lapan jenis kecerdasan yang mungkin dikuasai oleh setiap individu.Seorang individu tidak mungkin menguasai semua kecerdasan. Kecerdasan yang ada pada seseorang merupakan kecenderungan kepada sesuatu yang cemerlang dalam bidang, manakala mereka mungkin lemah dalam bidang yang lain. Persembahan yang cemerlang dalam bidang tertentu seperti matematik, sains, muzik, kesenian,sukan dan daya kepimpinan adalah berasaskan kemahiran tertentu pada peringkat awal kanak-kanak (Gardner, 1998).

LATAR BELAKANG
Program "Badan Sihat Minda Cergas" telah diadakan pada 4 Julai 2013 di Tabika KEMAS Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka. Sasaran bagi program ini adalah kanak-kanak di di Tabika KEMAS Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka dan seramai 27 orang kanak-kanak telah menyertai program ini. Objektif utama program "Badan Sihat Minda Cergas" ini diadakan adalah untuk melihat potensi diri kanak-kanak di Tabika KEMAS dalam mencapai sesuatu matlamat. Selain daripada itu, program ini juga menggalakkan kanak-kanak agar menggunakan keseluruhan anggota badan terutamanya dalam melakukan aktiviti bersukan. Program ini juga bertujuan untuk membentuk personaliti kanak-kanak yang mantap seperti mempunyai sikap tidak mudah berputus asa, bekerjasama, menghormati rakan-rakan sebaya dan bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti. Program ini telah berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari dan ianya merupakan pengajuran dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Melaka. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan adalah seperti sukaneka, modul kecerdasan, Arts and Magical dan chef cilik.

MASALAH DAN CADANGAN
Masalah :
Masalah utama yang di lihat menerusi program ini adalah dari segi kekurang pengisian di dalam aktiviti yang dijalankan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka.

Cadangan:
Bagi melakukan penambahbaikan kepada pengisian aktiviti, pihak penganjur boleh mengadakan tayangan video yang berunsur pengajaran dan tauladan kepada kanak-kanak bagi menarik perhatian mereka agar mereka terus fokus dengan aktiviti yang dijalankan dan untuk mengelakkan mereka dari berasa bohsan. Selain daripada itu, pihak penganjur juga boleh menggunakan "Piaget Conservation Task’ bagi mengukur kecerdasan kanak-kanak dan sekali gus dapat membantu guru di Tabika KEMAS Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka untuk meningkatkan kecerdasan kanak-kanak di situ. Pihak penganjur juga boleh menggunakan "Stanford marshmallow experiment" kepada kanak-kanak untuk menambah pengisian aktiviti yang dijalankan agar ianya dapat menarik minat kanak-kanak.

Masalah :
Pemilihan aktiviti yang bersesuaian juga perlu diberi penekanan penting kerana ianya membantu dalam memastikan kelancaran program.

Cadangan :
Permasalahan ini boleh diselesaikan dengan pihak penganjur perlu memilih program yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur dari 4 tahun sehingga 6 tahun untuk mengelakkan kanak-kanak pasif di dalam melakukan aktiviti. Antara aktiviti yang boleh ditambah adalah seperti pertandingan mewarna dan juga sesi nyanyian bersama kanak-kanak untuk memancing minat mereka dalam menyertai aktiviti yang dijalankan.

Masalah :
Kekangan masa yang singkat di dalam program "Badan Sihat Minda Cergas".

Cadangan :
Masa yang lebih panjang diperlukan untuk program yang akan datang kerana, ia dapat membantu pihak penganjur untuk mengadakan lebih banyak aktiviti bersama kanak-kanak di Tabika KEMAS Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka.

PENUTUP
Dengan adanya program "Badan Sihat Minda Cerdas"’ kebolehan dan potensi kanak-kanak akan dapat ditonjolkan. Disamping itu, program ini juga akan dapat merapatkan lagi hubungan di antara guru dan pelajar-pelajar di Tabika KEMAS Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka. Semoga program ini akan dapat membawa manfaat kepada mereka di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment