Tuesday 23 July 2013

LATAR BELAKANG PEMADAM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..........

PEMADAM merupakan persatuan mencegah DADAH Malaysia yang telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia merupakan penaung kepada PEMADAM. PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti DADAH PEMADAM kebangsaan : dan untuk melicinkan lagi jentera pengerusan dan perlaksanaan program dan aktivitinya, 15 biro telah diwujudkan.  Sebagai satu badan yang bercorak kebangsaan, PEMADAM juga bergerak diperingkat negeri, daerah dan unit.

PEMADAM menjadi pertubuhan pengasas kepada penubuhan IFNGO (International Federation Of Non Goverment Organisations), satu badan ikatan antarabangsa menentang penggunaan DADAH. Sekretariat IFNGO terletak di Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan. PEMADAM juga turut aktif didalam aktiviti-aktiviti WFTC (World Federation of Therapeutic Communities) dan forum-forum anti DADAH yang lain yang dianjurkan sama ada oleh Colombo Plan atau lain-lain Agensi Anti DADAH Bangsa-bangsa Bersatu.


     

No comments:

Post a Comment